Sambungan Grove yang memudahkan urusan

Kali pertama saya menggunakan komponen elektronik seperti diod pemancar cahaya, perintang, transistor dan kapasitor adalah di dalam subjek Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan satu pada tahun 1994 bersama Ustaz Muhammad di Sekolah Izzuddin Shah.

Selepas itu, oleh kerana pelajaran dan kerjaya di dalam bidang yang berlainan, saya tidak berpeluang mendekati komponen-komponen tersebut sehinggalah tahun 2018, apabila saya membeli Raspberry Pi 3 pertama. Oleh itu, pengetahuan saya tentang konsep elektronik seperti voltan, arus dan rintangan adalah tidak mendalam.

Sungguhpun begitu, saya lebih berminat dengan pengaturcaraan, berbanding konsep litar elektronik dan elektrik. Saya juga menginginkan komponen/sensor yang standard dan boleh terus sedia dipasang untuk tujuan tinkering atau dicabut pada bila-bila masa dan mudah untuk dikemaskan. Saya juga kurang gemar melihat wayar berselirat antara pengawal mikro dan penderia (sensor).

Di sinilah standard penyambungan Grove amat membantu saya. Standard penyambungan Grove ini diperkenalkan oleh pengeluar komponen Seeedstudio.

Antara kelebihan penyambung Grove adalah

  1. Rekabentuk selamat gagal (failsafe) untuk pemalam menghalang dari tersalah pasang
  2. Terdapat banyak sensor, paparan dan aktuator yang dibangunkan oleh Seeedstudio dan pengeluar lain
  3. Terdapat banyak papan penyesuai siap dipasang.
  4. penyambung 4 pin standard yang siap dengan penyambung vcc & ground pada pin 3 dan 4.
  5. Perintang, kapasitor atau transistor yang diperlukan sudah tersedia pada modul penderia (sensor) dan saya hanya perlu memastikan komponen tersebut sesuai untuk 3.3V dan/atau 5V

Berikut adalah antara papan sambungan yang menawarkan pemalam Grove

  1. Brickpi3 – HAT untuk menyambung raspberry pi dan motor Lego Mindstorm
  2. Bitmaker – menyambung Micro:bit dan Grove
  3. Maker Pi Pico – keluaran Cytron Technologies
  4. Maker Pi RP2040 -keluaran Cytron Technologies
  5. Reka:bit -keluaran Cytron Technologies
  6. Edu:bit – keluaran Cytron Technologies
  7. Xiao Expansion boards – keluaran Seeedstudio
  8. Base Shield V2 – untuk menyambung arduino uno – keluaran Seeedstudio
  9. Grove Shield for Arduino Nano V1. 1 – keluaran Seeedstudio
  10. Maker Nano RP2040 – dengan maker port dengan wayar penyesuai dengan Grove – keluaran Cytron Technologies
Antara Papan Pembangunan dengan Penyambung Grove

Namun begitu, penyambungan Grove terdapat kekurangannya yang tersendiri, antaranya:-

  1. komponen penderia, penggerak (actuator), dan paparan (display) Grove kebiasaannya lebih mahal daripada komponen lain, dan kebanyakannya hanya dikeluarkan oleh Seeedstudio
  2. terdapat komponen yang tidak sesuai untuk voltage 3.3v, terutamanya sensor terawal

Namun, untuk saya yang tak mahu pening dengan breadboard dan perintang, serta wayar berselirat, saya rasa kelebihan penyambungan Grove mengatasi kekurangannya.

InsyaAllah projek yang saya akan kongsi di sidik.my ini kebanyakannya akan menggunakan sensor Grove dan papan penyambung di atas.

rujukan : wiki Grove

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Related Post