Saya cuba menggunakan Grove Wifi ESP8266 pada port UART Grove Shield for Maker Nano, tiada masalah. wifi berfungsi seperti yang diharapkan.
Tetapi apabila saya cuba pasang pada port GP4 & GP5, wifi tidak berfungsi seperti yang diharapkan
Saya cuba menukarkan pin pada software CircuitPython, tetapi tidak berhasil dan mendapat ralat “invalid pins”
Kemudian setelah lama berfikir, saya cuba bertanya pada kumpulan telegram “Makers Gathering”, Terima kasih Encik Idris dari Cytron, beliau telah mencuba sendiri menggunakan grove wifi ESP8266 dan Maker Nano RP2040 dan tiada masalah pada pin G4 & G5. Encik Idris mencadangkan kepada saya supaya tukar wayar RX TX, jadi saya cuba menggunakan dua wayar grove to female & grove to male jumper dan menukar wayar kuning kepada putih. dan … voila sambungan wifi berjaya, rupanya ringkas sahaja penyelesaiannya. Masalah ini sebenarnya boleh diselesaikan dengan cara meneliti sambungan RX TX.
Pada port UART, sambungannya memang telah betul (iaitu D0 D1 VC GND) , oleh itu boleh saja guna wayar Grove sedia ada. Tetapi sekiranya saya guna port berlabel D4 susunan wayarnya adalah D4 D5 VCC GND. Pin dengan nilai yang rendah dahulu sebelum yang tinggi.
Masalah yang sama juga akan dihadapi sekiranya sekiranya saya menggunakan Grove Shield for Arduino Uno kerana nilai kecil dulu sebelum nilai yang besar. untuk port berlabel UART sudah betul
Ini kerana pada pin Arduino Nano asal D1 di bawah, dan D0 diatas, kemudian atas lagi D2 dan seterusnya
Masalah ini tidak timbul pada Papan pembangun keluaran cytron iaitu Maker Pi RP2040, ini kerana susunannya adalah D5 D4 VCC GND, jadi susunannya sudah betul dengan fungsi UART dan saya tak perlu menukar wayar kuning dan putih.
Begitulah sahaja, akhir sekali secara ringkasnya, sekiranya UART anda bermasalah, dan malas nak fikir logik TX RX — RX TX, salah satu penyelesaiannya terbalikkan sahaja wayar itu!