Di dalam sidik.my ini saya berkongsi mengenai pengaturcaraan di dalam Bahasa Melayu.
Untuk pembaca yang tidak memahami Bahasa Melayu, saya menggunakan Hackster.IO untuk berkongsi mengenai projek saya
Saya memuat naik dua projek yang menggunakan produk Grove LoRa-E5. dan agak teruja kerana projek yang saya muatnaik di hackster.io telah mendapat perhatian dan dikongsikan oleh laman sosial (twitter, linkedin dan facebook) Seeedstudio Technology Inc , iaitu salah sebuah syarikat terbesar pembuat komponen elektronik antarabangsa yang berpangkalan di Shenzen. China.
Antara produk yang dihasilkan oleh syarikat Seeedstudio ialah ekosistem Grove yang banyak saya gunakan, Seeeduino Xiao, Sensecap M1 dan macam-macam lagi.
Berikut adalah artikel yang saya muat naik ke Hackster.io :
- https://www.hackster.io/sidikalamini/grove-lora-e5-p2p-communication-using-circuitpython-f970e6
- https://www.hackster.io/sidikalamini/full-stack-rpi-chirpstack-lorawan-environment-dashboard-f51bd0
Saya berhasrat untuk terus berkongsi penemuan di dalam kedua-dua platform ini insyaAllah.
Saya belum mempunyai pengetahuan mengenai rekabentuk papan litar bercetak (PCB), tetapi saya tertarik dengan satu promosi percuma PCB oleh seeedstudio termasuk kos bahagian(parts) dan kos penghantaran sekiranya menggunakan module LoRa-E5 di sini