Masalah
Saya cuba menyambungkan Arduino RP2040 Connect dengan papan penyambung Grove Shield for Arduino Nano V1.1, tetapi malangnya Arduino RP2040 Connect menjadi tidak berfungsi sebaik sahaja saya menyambungkan kedua dua papan tersebut.
Saya cuba mencari punca masalah tersebut dan membandingkannya dengan pinout Arduino Nano 33 yang lain. Saya mendapati Reset pin pada RP2040 yang sebelah kiri disambung juga pada pin QSPI_csn dan tidak pada Arduino Nano 33 yang lain.
Kemudian saya mendapati bahawa di atas board Grove Shield for Arduino, terdapat wayar yang menyambung kedua-dua reset pin di kanan dan kiri
Teori saya
Ada masalah apabila kedua-dua reset pin tersebut disambung, kerana Reset pin sebelah kiri ditambah fungsi QSPI_CSn (apa fungsi tersebut, saya pun tak tau, mungkin berkaitan cip wifi NINA )
Penyelesaian
Saya memotong sambungan antara kedua-dua reset pin menggunakan pisau dapur dan…
Betullah teori tersebut. Kini Arduino RP2040 Connect kini boleh berfungsi dengan Grove Shield for Arduino Nano V1.1 dengan sedikit pengubahsuaian