Sebelum ini saya hanya dapat menggerakkan Jalur LED RGB menggunakan penggerak Jalur RGB komersial yang sedia dijual. Percubaan saya menggerakkannya menggunakan Arduino sebelum ini tidak berjaya, sehinggalah saya menemui panduan ini.
Rupa-rupanya wayar bumi dari sumber kuasa perlu disambungkan dengan wayar bumi pada Arduino.
Tiada masalah untuk Maker Nano RP2040 kerana cipnya agak berkuasa menggerakkan setiap satu daripada 300 RGB Led Neopixel tersebut
komponen yang digunakan
- Jalur RGB LED WS2815 (12V , 300 Biji)
- Maker Nano RP2040
- Grove Shield for Arduino Nano V1.1
Kod yang saya gunakan adalah kod contoh untuk Pustaka (Library) Arduino yang bernama WS2812FX . Pustaka WS2812FX ini mempunyai lebih 50 kesan khas untuk Jalur RGB Neopixel. Namun masih belum ada lagi pustaka yang sepertinya untuk CircuitPython.