Nyahkotak Maker Nano RP2040

Hari ini saya akan membuat unboxing produk buat kali pertama.

Produk kali ini ialah Maker Nano RP2040 yang dikeluarkan oleh Cytron Technologies. Selain daripada unboxing saya juga akan membandingkan Maker Nano RP2040 dengan dua produk lain iaitu Maker Nano dan Juga Arduino Nano RP2040 connect.

Sebagai pengenalan, Maker Nano RP2040 adalah papan pembangun berasaskan cip RP2040 yang ketiga dibangunkan oleh pihak cytron setelah Maker Pi PICO dan Maker PI RP2040.

Cip RP2040 adalah cip pengawal mikro berasaskan arm cortex M0+ yang dibangunkan oleh pengeluar komputer mikro terkemuka Raspberry Pi Foundation.

Maker Nano RP2040 didatangkan dengan kotak berwarna ungu yang amat menarik rekabentuknya . Papan Litar bercetaknya berwarna ungu seperti siri cytron maker yang lain.

Cytron Maker Nano RP2040 ini direka di dalam bentuk Arduino Nano 33, jadi ia adalah sesuai untuk dipasang pada  projek Arduino 3.3V sedia ada

bentuknya hampir sama dengan Maker Mano yang berasaskan cip atmega328p yang digunakan dalam arduino terdahulu.

Terdapat label yang dicetak dengan jelas pada komponen-komponen diatas PCB. semua pin arduino dilabelkan, ada 3 butang iaitu butang boot, reset dan juga satu butang yang boleh diprogramkan dan disambung pada GP20

Terdapat juga dua sambungan RGB Led yang boleh diprogramkan sebagai neopixel, ada 14 led berwarna biru yang menyala menunjukkan aktiviti GPIO berkaitan.

Di bahagian bawah ada buzzer di yang mempunyai suis buka dan tutup sendiri, di bahagian tepi USB port terdapat dua Maker port yang boleh disambungkam dengan qwic dan Grove dengan wayar yang sesuai.2 Wayar maker port ke Grove juga disediakan

Perbandingan dengan Maker Nano

Pertama adalah cip maker Cytron Nano RP2040 yang lebih moden dan laju berbanding atmega328p.

kedua ialah voltan operasi maker Nano RP2040 ini bervoltan 3.3v berbanding arduino asal 5v. jadi perlu dilihat penderia atau penggerak (sensor & actuator) sesuai atau tidak dengan volltan 3.3V tersebut.

seterusnya, pin analog ada 4 (12bit) sahaja berbanding 8 (10 bit). oleh itu sebenarnya layoutnya sedikit berbeza dengan Arduino.

kemudian memori flash adalah 2MB berbanding 32K (ini adalah 64 kali ganda lebih besar).

Led penunjuk juga adalah 14 berbanding 12.

dan akhir sekali, terdapat tambahan dua RGB Led, dan 2 port maker yang boleh disambungkan dengan sensor Grove.

Perbandingan dengan Arduino Nano RP2040 Connect.

Arduino Nano RP2040 Connect adalah papan rasmi keluaran Arduino yang pertama menggunakan cip Raspberry Pi. Antara perbezaannya ialah Arduino Nano RP2040 Connect dilengkapi dengan wifi dan Bluetooth, 1 LED warna tetapi bukan RGB, sebaliknya satu warna sahaja pada satu masa iaitu merah, biru atau hijau. Terdapat juga sensor IMU, mikrofon dan cip enkripsi.  selain itu memori flash juga lebih tinggi iaitu 16mb berbanding 2mb Maker Nano RP2040 , terdapat juga 8 port analog iaitu 4 pada RP2040 dan 4 pada Nina W102.

Tetapi, kekurangannya berbanding RP2040 ialah, pertama ia tiada LED RGB, maker port,kemudian tiada LED biru penunjuk GPIO kecuali 1 untuk pin 13, dan seterusnya buzzer. Oleh kerana ia adalah produk rasmi Arduino, harganya juga memang premium berbanding pengeluar lain. Lebih kurang 6 atau 7 kali ganda berbanding Maker Nano RP2040.

Kesimpulan

Kesimpulannya Maker Nano RP2040 adalah amat berbaloi untuk dicuba oleh para pelajar dan semua Maker. Ini kerana dengan harganya yang berpatutan dan ciri-ciri tambahan yang disediakan, amat memudahkan untuk membuat projek berasaskan Arduino/C/C++ atau CircuitPython/Micropython.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Related Post