Perbandingan Papan Pembangunan RP2040

Perkongsian pertama saya di sidik.my ini adalah mengenai beberapa jenis papan pembangunan yang menggunakan cip pengawal mikro RP2040.

Cip RP2040 diperkenalkan oleh Raspberry Pi Foundation dengan pengenalan Raspberry Pi PICO pada awal tahun 2021. Sekiranya sebelum ini mereka terkenal dengan komputer mikro raspberry Pi, kini mereka memperkenalkan pengawal mikro sendiri.

Cip ini adalah dwi teras berasaskan Arm Cortex M0+ dan berkelajuan maksimum 133 mhz.

Sejak dari itu, pengeluar papan pembangunan terkemuka dunia mula memperkenalkan implementasi RP2040 versi tersendiri dalam ekosistem sedia ada dan baru. Berikut adalah antara papan pembangunan menggunakan RP2040 yang saya telah cuba:-

  1. Arduino Nano RP2040 Connect dengan wifi, bluetooth, mikrofon, penderia IMU. dan dilengkapi memori flash 16mb – produk rasmi pertama Arduino x Raspberry Pi dalam bentuk arduino nano. harga paling premium.
  2. Seeed Xiao RP2040 yang comel dengan led RGB – keluaran Seeedstudio dalam bentuk Xiao
  3. LILYGO® TTGO T-Display RP2040 Raspberry Pi Module 1.14 inch LCD dengan paparan LCD warna terbina – keluaran Lilygo.
  4. Maker Pi RP2040 yang mempunyai pelbagai fungsi dan komponen, RGB Led, buzzer, butang dan pemacu motor, serta penyambung Grove – oleh Cytron Technologies.
  5. Maker Pi Pico dengan Raspberry pi Pico terbina dalam, adik beradik Maker Pi RP2040 – Keluaran Cytron Technologies ; dan yang terbaru:
  6. Maker Nano RP2040 yang kecil tetapi berkuasa dalam bentuk Arduino Nano, dengan RGB led, buzzer dan penyambungan Maker, serta penunjuk LED bagi pin analog dan digital- oleh Cytron Technologies.
Ciri-CiriArduino Nano RP2040 ConnectSeeeduino Xiao RP2040LILYGO® TTGO T-Display RP2040Maker Pi PicoMaker Pi RP2040Maker Nano RP2040
PengeluarArduinoSeeedstudioLilygoCytron TechnologiesCytron TechnologiesCytron Technologies
Memori16MB2MB4MB2MB2MB2MB
Pin Analog8 (4 -RP2040 ADC, 4 Nina W102 ADC)44 344
Pin Digital20111426 pada RPI Pico (12 pada Grove)14 Pada Grove22
UART, SPI & I2C, PWMAdaAdaAdaAdaAdaAda
Dimensi18 mm x 45 mm20 mm x 17 mm52mm x 25mm94 mm x 68 mm88 mm x 64 mm21 mm x 50 mm
Input KuasaUSB Mikro 5VUSB-CUSB-C
penyambung JST untuk Li-Po/Li-Ion
USB Mikro 5V
1.8 V - 5.5 V melalui VSYN pin
USB Mikro 5V
3.7V melalui pemalam Li-Po/Li-Ion
3.6V - 6V melalu terminal VIN
dengan pemilih kuasa input automatik
USB Mikro 5V
Butang boleh programTiadaTiada2321
Butang BootTiadaAdaAdaAdaAdaAda
Butang ResetAdaAdaAdaAdaAdaAda
RGB LedTiada1 Neopixel Tiada1 Neopixel2 Neopixel2 Neopixel
LED Boleh Program1 (R/G/B), 1 LED1 (R/G/B)1 (merah)26 (biru)13 (biru)14 (biru)
Penyambung GroveTiadaTiadaTiada672
BuzzerTiadaTiadaTiadaYa, dengan suis senyapYa, dengan suis senyapYa, dengan suis senyap
Ciri Unik LainIMU, Wifi/Bluetooth, Mikrofon. Berbentuk Arduino Nano, Mikrocip ATECC608A Cryptographic Co-processorBentuk Xiao yang paling kecilLCD Warna bersaiz 1.14 inciSD Mikro, Audio out, Raspberry Pi Pico terbina dalam, Soket WIFI ESP-01Penggerak Motor DC x 2, Pemalam Servo x 4,Berbentuk Arduino Nano, RGB Led x 2, Maker Port x 2, Buzzer, butang boot & reset

Perbandingan RP2040

Kesemua papan pembangun tersebut boleh diprogramkan menggunakan sama ada Micropython, Circuitpython, Arduino dan C/C++.

Dalam tulisan akan datang, kita akan cuba membuat projek mini menggunakan papan pembangun yang dinyatakan di atas.

Kepada pembaca yang berminat dengan rekaan Papan Litar Bercetak (Printed Circuit Board) sendiri, saya ada terbaca satu promosi PCB prototaip 100% percuma sekiranya anda memasukkan Seeed Xiao RP2040 sebagai salah satu komponen PCB anda. Sekiranya anda berminat, anda boleh hubungi pihak Seeedstudio melaluli sambungan di bawah:

Seeed XIAO RP2040 is built with rich interfaces in a tiny thumb size, and fully supports Arduino, MicroPython, and CircuitPython. The onboard interfaces are enough for developing multiple applications, ideal for various wearable, TinyML, rapid prototyping. It’s also perfect for all the projects needing a mini Arduino, custom mechanical keyboards, USB development (USB to multi-channel TTL/USB host mode, etc.) and small projects. Each person is limited to two PCBA boards 100% FREE for one design. The custom design must include Seeed XIAO RP2040. Find out more: 

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Related Post