Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Pengenalan
Nama saya adalah Sidik Al Amini. Saya belajar dan kini bekerja dalam bidang perakaunan. Saya mempunyai minat di dalam pengaturcaraan dan robotik.
Saya menerokai hobi pengaturcaraan sejak zaman belajar di universiti, tetapi tidak pernah betul-betul serius kerana bidang kerjaya saya bukanlah di dalam sains komputer atau elektronik.
Mengapa blog ini diwujudkan
Oleh kerana hobi, ada pasang dan surutnya mengikut minat dan kelapangan. Dengan adanya blog ini, saya harap dapat mencatat dan berkongsi perjalanan saya dalam menerokai minat pengaturcaraan dan robotik dengan lebih teratur. Segala cadangan dan teguran boleh ditambah di dalam ruangan komen atau email ke saya di sidik at sidik dot my.