- Cara untuk pasang driver Arducam 16MP Autofocus – IMX519
- cara untuk pasang picamera2
- Cara untuk pasang Gstreamer
- Contoh Google-Coral camera
Saya baru menerima (membeli melalui kickstarter) Arducam Raspberry Pi 16 MP autofocus. Kamera ini bersaiz seperti kamera CSI Raspberry Pi yang biasa. Tetapi kerana sensornya bersaiz 16MP berasaskan Sony IMX519 , gambarnya adalah lebih berkualiti berbanding kamera raspberry Pi . Driver bagi kamera ini juga perlu dipasang secara manual dengan mengggantikan kernel dan boot semula. Fungsi fokus boleh dikawal menggunakan skrip python, tetapi setakat ini belum ada fungsi autofokus ke atas video secara berterusan.
Dengan pengenalan Raspberry Pi Bullseye, terdapat beberapa perubahan untuk kegunaan CSI camera.
- Pengenalan pustaka libcamera menggantikan V4L2 (video for Linux)
- picamera tidak lagi boleh digunakan
Dengan perubahan ini, skrip yang menggunakan picamera dan V4L2 sebelum ini perlu diubah.
Pustaka libcamera sepatutnya menggantikan terus V4L2, tetapi cubaan yang saya buat setengahnya boleh, setengahnya tidak boleh. terdapat “compatibility mode” untuk V4L2 yang sepatutnya membolehkan skrip asal V4L2 terus digantikan dengan libcamera, tetapi setakat ini semuanya tidak berjaya.
Untuk Picamera yang sebelum ini dibangunkan oleh pembangun pihak ketiga, pihak raspberry pi memperkenalkan versi pengenalan Picamera2, saya telah mencuba demo yang diberikan dan berjaya menjalankan semua demo termasuk untuk OpenCV (mengesan muka ) dan tensorflow lite (mengesan objek).
Saya cuba untuk menjalankan dengan Google-CORAL usb accelerator tetapi contoh sedia ada, semuanya tidak boleh dijalankan kerana ia menggunakan opencv.videocapture dan gstreamer yang menjadi masalah dengan pengenalan libcamera tadi. jadi saya perlu memahami kod yang dibuat untuk picamera2 dan cuba mengadaptasi di dalam kod Google-Coral USB accelerator.