Menyelesaikan masalah tiada pustaka circuitpython untuk Grove PM2.5 HM3301

Sedikit perkongsian mengenai library circuitpython

Saya cuba menggunakan Grove PM25 HM3301 bersama circuitpython, Tetapi malangnya tiada pustaka (library) yang tersedia di dalam Adafruit-Circuitpython-bundle

Saya cuba mencari di github dan terjumpa perkongsian ini https://medium.com/…/a-jetson-nano-ambient-weather…dan pengarangnya berkongsi library yang dibangunkannya https://github.com/…/main/weather_station/seeed_hm3301.py

Saya mencubanya pada circuitpython dengan Xiao RP2040, tetapi mendapat ralat

type object 'bytearrary' has no attribute 'fromhex'. Code language: Bash (bash)

Jadi saya menggunakan library alternatif iaitu binascii.unhexlify, dan akhirnya nilai sensor dapat dibaca

Pustaka (library) dan contoh ada di sini https://github.com/sidikal…/Seed-HM3301-PM25-Circuitpython

import board
from seeed_hm3301 import HM3301_I2C
import time


i2c = board.I2C()

hm3301 = HM3301_I2C(i2c, address=0x40)


while True:
    PM25 = hm3301.PM_2_5_conctrt_std
    PM1 = hm3301.PM_1_0_conctrt_std
    PM10 = hm3301.PM_10_conctrt_std

    print("PM2.5 : "+str(PM25))
    print("PM1.0 : "+str(PM1))
    print("PM10 : "+str(PM10))
    time.sleep(5)
Code language: Python (python)

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Related Post