Sekiranya anda lihat di media sosial, ramai orang yang berkongsi gambar-gambar yang dibuat menggunakan AI seperti mid journey, dall-e dan stable diffusion
Selalunya gambar yang dihasilkan adalah rawak dan tidak dapat dikawal posisi kedudukan yang dikehendaki. Di sinilah ControNet boleh membantu.
ControlNet merupakan struktur rangkaian neural yang digunakan untuk mengawal model diffusi dengan menambah syarat-syarat tambahan.
Dengan ControlNet kita dapat mengawal bagaimana imej akan kelihatan sama ada menggunakan lineart (garisan lukisan), depth (kedalaman), pose, scribble (contengan) dan beberapa contoh lain.
Ini merupakan salah satu contoh bagaimana ControlNet boleh digunakan, dengan menggunakan input lineart gambar seorang lelaki berdiri berpeluk tubuh, kita boleh menggunakannya untuk menghasilkan imej yang realistik atau mengikut gaya yang dikehendaki
Input Controlnet menggunakan ilustrasi bergarisan (lineart)

Prompt (menggabungkan mas elon dan pelakon iron man)
a man on suite, (elon musk:0.5) AND (robert downey Jr:0.5), eyeglasses, 8k HDR realistic, natural light, outdoor
Imej yang dihasilkan


Contoh kedua, input daripada lukisan yang didownload dari internet:

Menghasilkan imej seperti ini , wajah gabungan yang tidak wujud

dan ini menggunakan prompt lain
